BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 31, 2011

inikah dinamakn sahabat?????

Kalau kita tengok balik dunia nie....macam-macam benda pelik yang berlaku....tapi benda yang pelik tu datang dari mane pulak???siapa lagi kalau bukan kita sendiri (manusia).Kadang-kadang aku pun tidak faham,kenapa manusia ini cepat sangat rasa bosan...Apa yang mereka inginkan sebenarnya???Kalau korang tengok balik kan....,ada sesetengah orang nie suke berkawan seperti pakai buang.Maksudnya bila dia perlu bantuan kita baru nak cari,bila kita tidak diperlukan...dibiarkan begitu sahaja.Dibiar sehingga habuk-habuk menyeliputi diri kita.Bila diorang perlu kita balik...ditiup habuk-habuk itu tanpa rasa serba salah pun pada diri kita.Adakah kita ini sebagai satu benda pada diorang???Boleh dipakai buang sesuka hati???tapi itulah realitinya.Jasa yang kita buat untuk seseorang itu akan dilupakan begitu sahaja....tenggelam ditelan masa tanpa mengenang kembali apa yang telah kita buat untuknya.Bukan saya nak kata kita tolong dia tidak ikhlas atau apa....tapi berilah sedikit perhatian untuk sesuatu yang mempunyai perasaan.Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari perasaan sedih,marah,merajuk,terasa,dan lain-lain lagi.Ini bukan cerita tipu atau apa k....,tapi ini realiti orang berkawan zaman sekarang.Diorang lebih fokus pada kegunaan masing-masing(self-fish).Asalkan masalah dia lepas sudah,yang lain biar begitu sahaja.Saya tidak mengatakan semua orang macam itu,tapi sekalangan mereka-mereka ini yang bersikap begitu.Berkawan memang indah,tapi sampai bila???korang mesti penah dengar orang cakap "FRIEND FOREVER" kan???bagi saya,tiada kawan yang kekal selamanya.Kawan memang mudah dicari,mudah didapati oleh semua orang....tapi itu semua untuk permulaan.Kamu tidak akan berhenti dari mendapat atau mencari kawan baru.Tetapi,adakah mereka semua betul-betul kekal menjadi kawan kita selamanya???tidak semestinya,manusia sentiasa akan berubah hati.Kita sebagai manusia sentiasa ada nafsu inginkan lebih.Dan itu hanya sekadar kata-kata...Macam-macam janji mulut yang boleh kita buat untuk seseorang,tetapi sejauh mana kebenarannya???jawapan itu terletak ditangan orang yang membuat janji tersebut.Memang ada orang yang macam ini,setiap janji yang dibuat dia akan tunaikan seperti yang dia janjikan.Dan bagi saya,orang yang macam ini.Orang mudah untuk mempercayainya.Tidak mudah untuk kita dapat kepercayaan seseorang pada diri kita kan???Tapi,ada jugak orang menyalah gunakan kelebihan yang dia dapat ini untuk kegunaan peribadi.Dalam erti kata lain,"KAWAN MAKAN KAWAN"...hah,ini lah paling bahaya..macam mane perasaan anda bila dapat tahu orang yang kamu percaya tipu kamu....???mesti kamu semua terkejut dan sedihkan??ye la,siapa yang tidak sedih kalau seorang insan yang kita percaya buat begitu pada kita kan.Kita mempercayainya,tapi dia pulak menikam kita dari belakang.


Bagi saya,kawan yang paling bagus sekali adalah lawan kita sendiri.Pelik???kenapa saya cakap lawan kita adalah kawan paling berguna???hah....,biar saya bagitahu kamu.Korang penah dengar ayat "LAWAN JADI KAWAN"...mesti penah kan???agak-agak korang boleh percaya ke pada semua ini??ye la...,siapa nak percaya kalau kawan yang paling baik adalah orang yang paling kita benci dalam hidup kita kan...Memang betul,tidak semua orang boleh menerimanya.Tapi secara jujurnya saya sendiri alami semua ini...sewaktu dibangku sekolah dulu saya memang benci dengan budak tu...tengok muka dia pun tidak boleh...tapi bila saya menjejak kaki di IPT yang sama dengan dia....,perasaan benci pun hilang.Seolah-olah saya membuka buku baru tanpa ingat masa-masa dulu lagi.Walaupun dulu dia adalah lawan saya,kini menjadi kawan baik saya...alhamdulilah...Tapi ada satu benda yang saya belajar dari semua ini,bila kita berkawan...kita tidak boleh lari dari pertengkaran.Ini semua berpunca dari ego masing-masing.Kadang-kadang benda yang kecil pun boleh menjadi besar,sebab bila kita dah mula berkawan...disitu dah wujudnya satu kepercayaan antara satu sama lain.Dan itu yang membuat mereka menjadi lebih "SENSITIVE" jika ia dipermainkan oleh kawan sendiri dan dipangkah dengan kawan sendiri.Jadi kalau nak tegurnya biarlah dengan cara yang betul dan begitu juga kalau kamu bergurau tu,biar berpada-pada k.=).Serius saya cakap, kadang-kadang nak jaga hati MEMBER lagi sukar berbanding menjaga hati Teman Istimewa sendiri.Hah....ini yang buat saya teringat kat satu ayat nie."BERKAWAN BIARLAH SERIBU,BERCINTA BIARLAH SATU".fuhh....,memang POWER ayat nie kalau kita bacakan.Tapi sejauh mana pulak kebenarannya pada zaman sekarang???Seperti saya cakap,memang senang mencari kawan nie.Tak susah pun...,kenal beberapa jam dah boleh panggil kawan.betul tak???huhu....Tetapi,bagi saya...perpatah ini umpama kita mencari sebutir permata dari tempayang yang penuh dengan butiran-butiran kaca....faham tak maksud saya???Dalam seribu kawan yang kamu cari itu.Salah satunya akan menjadi cinta kamu....=D.hah...pelik ke???aduhai....,takpe-takpe...biar saya bagitahu kamu.Adat bagi setiap manusia sebelum ia bercinta ape yang diorang lakukan dulu???mestilah berkawan kan???....takkan la kamu baru kenal dia kamu terus bercinta kot....Gilo ke ape???pakai minyak pengasih ke ape???hahhaha.....Tapi itulah kebenarannya....sebelum kamu bercinta..kamu mesti lepas tahap pertama dahulu,iaitu berkawan....Lepas tu korang nak UPGRADE status korang itu atas korang sendiri la....Siapa yang berani,dia yang dapat...hehehe=).Sekarang korang dah paham tak maksud aku mencari Sebutir permata  di dalam tempayang yang penuh dengan butiran-butiran kaca???huhu....sebab kadang-kadang kita nie sendiri pun tidak dapat bezakan mane 1 permata dan mana 1 kaca....=).Pergh...dah jauh gila saya tersasar nie...hehehe...


Dah-dah....jom kita kembali kepangkal jalan....huhu.Sekarang saya nak kongsikan tentang kawan yang suka cakap belakang....pergh....ini memang bahaya.Kawan macam nie boleh jadi "DURI DALAM DAGING"....waduh-waduh.Sebab baru-baru ini saya ada masalah ini dari beberapa kenalan saya.Memang payah kot kalau benda ini terjadi,ye la...siapa yang suka kan kalau kita nie dikutuk belakang-belakang kan???takda orang yang suka punya.Kalau ye pun tidak suka dengan perbuatan seseorang itu,tidak perlu la memburukannya kepada orang lain.Macam la diri kamu tu bagus sangat nak kutuk-kutuk orang nie kan....Ye la,kita sebagai manusia sentiasa ada kekurangan kita yang tersendiri.Hanya manusia dan manusia je boleh menlengkapi antara satu sama lain.Tidak salah menegur seorang rakan itu kalau ia melakukan kesalahan.Tapi biarlah dengan cara yang betul,jangan la SOUND dia di depan orang ramai.Malu la dia.Cuba korang fikirkan kalau benda tu jadi kat korang???Tak perlu cerita la,saya pun malu.Tapi disebabkan malu yang kamu lakukan kat dia boleh menjadi dendam.kamu nak ke hidup kamu diliputi dengan musuh???Kamu perlu ingat,senjata tidak membunuh manusia,tetapi manusia yang berbunuhan antara manusia.Iaitu dengan hasrat DENGKI dan DENDAM.Jadi perkara ini perlu dielakkan bagi kebaikan diri masing-masing.Saya pun tidak sempurna,memang susah untuk memaafkan orang yang buat salah kat kita,terutama sekali orang yang kita percaya....lagi la susah.Tapi kita perlu ingat,tiada benda yang kekal selamanya,baik perasaan marah kamu atau pun kehidupan kamu.Hanya ALLAH s.w.t kekal selamanya....Serius saya cakap,nak cari kawan atas nama saja memang mudah.tapi nak mencari kawan sejati begitu sukar.Secara jujurnya,walaupun saya mempunyai ramai kawan.Hanya beberap orang je kawan baik yang saya ada...boleh kira dengan sebelah tangan lagi...huhu.Seorang demi seorang kawan kamu akan pergi meninggalkan kamu satu hari nanti even kawan baik kamu sendiri.Kenapa saya cakap begitu???Kita semua ada kehidupan kita sendiri,macam cerita-cerita dongeng.Kehidupan kamu akan menjadi satu kisah didalam buku cerita kamu sendiri.Begitu juga kawan-kawan mu yang lain...mereka semua ada kisah hidup mereka tersendiri.Memang sukar untuk melepaskan kawan baik kita sendiri,tapi itu tidak bermaksud kamu tidak boleh berhubung....hanya waktu akan tentukan sejauh mana kisah persahabatan kamu nanti.Setiap tempat yang kita pergi,kita akan mendapat kawan yang baru,itu memang adat kehidupan.Hidup kita sentiasa kena berkawan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.Kata-kata terakhir saya...."Betapa buruknya perangai kawan kamu,dan betapa bencinya kamu terhadap kawan kamu.Kamu perlu ingat,kamu pernah gembira dan rasa bahagia bersamanya.janganlah disebabkan satu kesalahan kamu musnahkan ikatan persaudaraan yang kamu cipta selama kamu mengenalinya."...Jadi la kawan yang setia,janganlah jadi kawan yang sia-sia....Assalamualaikum....=D

Saturday, March 5, 2011

hari yang tidak indah dalam kehidupan...

            Diwaktu ini...aku berasa bermacam- macam....adakah ini sekadar perasaan aku pada ketika ini???adakah isi hati dan firasat yang kita rasa adalah betul???aku tak itu semua...kadang- kadang aku berkecil hati dengan tingkah laku yang ditunjukan kepada aku...apa salah aku sebenarnya???adakah aku kurang disenangi disini???ingat!!!!!!!!yang aku bukanlah jenis perampas hak orang ataupun ingin merampas sesuatu yang bukan menjadi miliku...kalau aku boleh elak...akan ku pergi beribu batu jauhnya dari sini...aku terasa ingin lari dari semua yang berlaku ...aku tak ingin untuk menghadapinya lagi...apa salah aku???apa tindakan yang patut aku ambil...aku tidak tahu mengapa perasaan yang tidak sedap ini boleh wujud....sudah berkali- kali aku hindarkan apa yang berlaku ketepi...tap apakan daya aku...aku hanyalah manusia yang halus dimata mereka...aku tahu,,setiap manusia akan diuji mengikut apa yang mampu ditahan dan dikawal oleh dirinya...yang esa akan menguji kita ,,dimana kita yang mampu untuk mengatasinya...Ya ALLAH,,sampai bila kehidupan aku berterusan begini???kadang - kadang aku ingin menjerit memberitahu akn masalah aku...tapi aku tak tahu ingin mulakan dimana...disaat ini aku memerlukan rakan-rakan disisi...seperti selalu aku akan berkongsi segalanya dengan rakan sebilik...sekarang apa yang mampu aku buat hanya megangisi setiap yang berlaku ini didalam bilik air...agar apa yang aku tangisi tentang masalah aku itu berlalu seperti air hujan yang turun bercucuran seperti air hujan yang mengalir pergi...
              Setiap tangisan yang berlalu...aku akan berasa gembira dan puas...walaupun aku tidak menceritakannya kepada sesiapa...dengan itu,,sudah cukup bagi aku untuk meluahkan perasaan itu...adakah ini semua hanyalah sekadar perasaan aku yang selalu berfikiran negatif???kadang- kadang bila aku terfikir...aku adalah manusia yang beruntung kerana selalu diuji...kerana dengan setiap ujian yang diberikan bakal mematangkan aku dengan setiap apa yang berlaku...tapi aku juga manusia biasa yang tidak kuat untuk merpertahankan diri aku dengan segala yang berlaku...satu masa aku juga akan tersungkur dengan setiap yang berlaku...pada siapa aku harus mengadu tentang ini semua???insyallah selagi termampu aku cuba pertahankan apa yang berlaku ini mengikut kemampuan aku...insyallah apa yang berlaku,,pasti ada hikmah disebaliknya...

               aku pasti dengan setiap yang berlaku ini bakal membuatkan aku lebih berwaspada dengan apa yang berlaku...dengan ini bakal mematangkan aku dengan setiap yang berlaku...dan aku paling benci dengan orang yang suka mengata dibelakang orang dan memandang serong tanp mengetahui asal usul dan kebenaran seseorang itu...jangan hanya melihat diluaran sahaja...kerana luaran yang dipamirkan tidak sesekali sama dengan apa yang dipamirkan dihadapan...ingat!!!!kita semua adala maunusia yang sama...tidak ada beza jika dibandingkan...apa yang bebeza adakah unur,,pangkat dan darjat sahaja...tapi bila kita semua kembali semula kepada pencipta kita hanya lah manusia yang setaraf dan sama sahaja...

Monday, January 31, 2011

pengalaman praktikel tentang aku!!!!!!!

           Assalamualaikum...
permulaan bicara yang aku hulurkan kepada semua pembaca blog ku,,pengalaman praktikel sangat bermakna dan bertuah kerana belajar dan menjalankan praktikel adalah berbeza sama sekali.....Dahulu masa belajar,,aku selalu inginkan latihan industri kerana aku sudah penat untuk pergi ke kelas dan sebagainya....

           Mula- mula aku berasa gembira buat pertama kali menjejakkan kaki ke pejabat ini,,sebab itu merupakan pengalaman pertama aku...banyak juga yang aku dapat belajar tentang akaun dan selok- belok dalam suasana pejabat ini,,akan tetapi aku juga berasa bosan kerana ...hanya aku seorang diri budak praktikel perempuan...Dalam bahgian ini terdapat 2 orang budak praktikel termasuk aku....

           Sekarang aku menhintung hari untuk menamatkan waktu praktikel,,bagi aku belajar lebih menarik dari praktikel....Kerana semasa belajar kita bersama kawan- kawan yang kita kenal dan bila praktikel kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang baru dan mencari semua yang baru...

           Kadang- kadang kita berasa keseorangan apabila semua sibuk dengan tugas masing- masing....tapi itu semua pengalaman kita untuk merasa kehidupan di alam perkerjaan dalam suasana yang berbeza...Apa yang boleh aku katakan adalah semua perkerja disini baik- baik semua dan saling tolong menolong antara satu sama lain...tapi apa yang aku nak katakan disini ialah jika nak praktikel carilah teman di tmpat yang sama kerana kamu akan rasa perlukan teman....

Saturday, December 25, 2010

apa nasib aku!!!!!!!!!!!!

Dalam kehidupan ini,,ada teman hidup susah...

x de teman hidup pun susah....
apa nak jadi dengan perangai org skg????
x faham la sebenarnya????
apa yang dia orang perlukan sebenarnya????


       Apalah nasib kami semua adik beradik nanti????adakah kesudahan yang baik buat kami semua ataupun kesudahan yang membawa kepada perpisahan????aku sendiri x boleh nak ulas nya disini...kenapa perlu ada orang yang masuk campur dalam urusan keluargaku sendiri????adakah perlu untuk " seorang wanita yang sudah kematian suaminya mencari peganti?????"PENTING KAH ITU SEMUA???? aku x faham  dengan kehidupan sekarang....apa lagi yang perlu dicari oleh wanita tersebut????adakah kasih- sayang yang dicari????tempat untuk bermanja????apakah penting lelaki baru muncul dalam hatinya berbanding  anak- anaknya sendiri????


       sekarang aku x faham apa yang harus dilakukan,,kerana segalanya diceritakan padaku...kadang kala aku rasa aku nak cari dari ini semua ataupun aku nak anggap ini semua dalah mimpi semata-mata....tak teertanggung rasanya berat bebanan ini....aku dah cuba untuk terima orang baru dalam kehidupan aku......tapi aku tak mampu buat masa ini....kadang kala aku berasa sakit hati dengan perangai perempuan itu?????aku selalu tanya adkah dia sukakan lelaki itu????tapi jawapan yang aku terima dimulutnya adalah "TIDAK" aku berasa lega....tapi kenapa setiap kali lelaki itu telefon dia melayan????kata dimulut xnak terhutang budi,,,tapi sekarang siap laki tua itu to4 lagi,,,apa sebenarnya ini?????aku binggung dengan situasi ini....aku rasa macam nak gila....


          aku dah letih menangis tiap malam memikirkan nasib yang bakal ditanggung adik beradik aku....apa yang harus aku buat sebenarnya????aku tahu mungkin bila anak anak dah kahwin dia akan berasa sunyi,,kesepian,,,tpi aku sebagai anaknya dia sekali meninggalkanya...mana janji yang dibuat semasa ayah ku meninggal dulu?????yang dia tidak akan cari peganti dan apa yang ada dihajatnya sekarang adalah untuk membeasarkan anak sahaja...mana janji-janjinya dahulu?????siapa yang bakal menjawab persoalan aku sekarang????sekarang setiap kali aku melihat dia menjawab  panggilan tersebu aku jadi sakit hati,,bertambah benci dan apa yang ada dihatiku adakah kebencian yang membuak2...aku tahu ianya salah dan berdosa tapi aku sebagai anak mempunyai hak untuk menyuarakan isi hati ku....sekarang sekali yang ditanya olehnya,,,sekali aku menjawab....kadang2 aku selalu perli dan mendiamkan diri dari bersuara...aku rasa itu lebih baik...


             sekarang aku perlukan nasihat ,,tempat untuk meluahkan dan apa yang patut aku lakukan????adakah apayang aku lakukan ini salah????adakah setiap tingkah laku ku dan perbuatan aku bakal mengguris hatinya????aku telah menyuarakan padanya bahawa aku tidak  sekali kali terima lelaki tersebut sebagai ahli kelurga baruku...
tapi apa jawapan yang aku dengar dari mulutnya ialah"tiada sesiapa yang boleh halang tindakanya walaupun anknya sendiri" aku berasa ingin menanggis masa ini n betapa luluh n hancur hatiku masa itu....jika kamu semua ditempat aku apa yang bakal kamu semua lakukan????tolong aku n nasihatkan aku,,adakah setiap perbuatan yang aku ambil betul??????