Kalau kita tengok balik dunia nie....macam-macam benda pelik yang berlaku....tapi benda yang pelik tu datang dari mane pulak???siapa lagi kalau bukan kita sendiri (manusia).Kadang-kadang aku pun tidak faham,kenapa manusia ini cepat sangat rasa bosan...Apa yang mereka inginkan sebenarnya???Kalau korang tengok balik kan....,ada sesetengah orang nie suke berkawan seperti pakai buang.Maksudnya bila dia perlu bantuan kita baru nak cari,bila kita tidak diperlukan...dibiarkan begitu sahaja.Dibiar sehingga habuk-habuk menyeliputi diri kita.Bila diorang perlu kita balik...ditiup habuk-habuk itu tanpa rasa serba salah pun pada diri kita.Adakah kita ini sebagai satu benda pada diorang???Boleh dipakai buang sesuka hati???tapi itulah realitinya.Jasa yang kita buat untuk seseorang itu akan dilupakan begitu sahaja....tenggelam ditelan masa tanpa mengenang kembali apa yang telah kita buat untuknya.Bukan saya nak kata kita tolong dia tidak ikhlas atau apa....tapi berilah sedikit perhatian untuk sesuatu yang mempunyai perasaan.Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari perasaan sedih,marah,merajuk,terasa,dan lain-lain lagi.Ini bukan cerita tipu atau apa k....,tapi ini realiti orang berkawan zaman sekarang.Diorang lebih fokus pada kegunaan masing-masing(self-fish).Asalkan masalah dia lepas sudah,yang lain biar begitu sahaja.Saya tidak mengatakan semua orang macam itu,tapi sekalangan mereka-mereka ini yang bersikap begitu.Berkawan memang indah,tapi sampai bila???korang mesti penah dengar orang cakap "FRIEND FOREVER" kan???bagi saya,tiada kawan yang kekal selamanya.Kawan memang mudah dicari,mudah didapati oleh semua orang....tapi itu semua untuk permulaan.Kamu tidak akan berhenti dari mendapat atau mencari kawan baru.Tetapi,adakah mereka semua betul-betul kekal menjadi kawan kita selamanya???tidak semestinya,manusia sentiasa akan berubah hati.Kita sebagai manusia sentiasa ada nafsu inginkan lebih.Dan itu hanya sekadar kata-kata...Macam-macam janji mulut yang boleh kita buat untuk seseorang,tetapi sejauh mana kebenarannya???jawapan itu terletak ditangan orang yang membuat janji tersebut.Memang ada orang yang macam ini,setiap janji yang dibuat dia akan tunaikan seperti yang dia janjikan.Dan bagi saya,orang yang macam ini.Orang mudah untuk mempercayainya.Tidak mudah untuk kita dapat kepercayaan seseorang pada diri kita kan???Tapi,ada jugak orang menyalah gunakan kelebihan yang dia dapat ini untuk kegunaan peribadi.Dalam erti kata lain,"KAWAN MAKAN KAWAN"...hah,ini lah paling bahaya..macam mane perasaan anda bila dapat tahu orang yang kamu percaya tipu kamu....???mesti kamu semua terkejut dan sedihkan??ye la,siapa yang tidak sedih kalau seorang insan yang kita percaya buat begitu pada kita kan.Kita mempercayainya,tapi dia pulak menikam kita dari belakang.
Bagi saya,kawan yang paling bagus sekali adalah lawan kita sendiri.Pelik???kenapa saya cakap lawan kita adalah kawan paling berguna???hah....,biar saya bagitahu kamu.Korang penah dengar ayat "LAWAN JADI KAWAN"...mesti penah kan???agak-agak korang boleh percaya ke pada semua ini??ye la...,siapa nak percaya kalau kawan yang paling baik adalah orang yang paling kita benci dalam hidup kita kan...Memang betul,tidak semua orang boleh menerimanya.Tapi secara jujurnya saya sendiri alami semua ini...sewaktu dibangku sekolah dulu saya memang benci dengan budak tu...tengok muka dia pun tidak boleh...tapi bila saya menjejak kaki di IPT yang sama dengan dia....,perasaan benci pun hilang.Seolah-olah saya membuka buku baru tanpa ingat masa-masa dulu lagi.Walaupun dulu dia adalah lawan saya,kini menjadi kawan baik saya...alhamdulilah...Tapi ada satu benda yang saya belajar dari semua ini,bila kita berkawan...kita tidak boleh lari dari pertengkaran.Ini semua berpunca dari ego masing-masing.Kadang-kadang benda yang kecil pun boleh menjadi besar,sebab bila kita dah mula berkawan...disitu dah wujudnya satu kepercayaan antara satu sama lain.Dan itu yang membuat mereka menjadi lebih "SENSITIVE" jika ia dipermainkan oleh kawan sendiri dan dipangkah dengan kawan sendiri.Jadi kalau nak tegurnya biarlah dengan cara yang betul dan begitu juga kalau kamu bergurau tu,biar berpada-pada k.=).Serius saya cakap, kadang-kadang nak jaga hati MEMBER lagi sukar berbanding menjaga hati Teman Istimewa sendiri.Hah....ini yang buat saya teringat kat satu ayat nie."BERKAWAN BIARLAH SERIBU,BERCINTA BIARLAH SATU".fuhh....,memang POWER ayat nie kalau kita bacakan.Tapi sejauh mana pulak kebenarannya pada zaman sekarang???Seperti saya cakap,memang senang mencari kawan nie.Tak susah pun...,kenal beberapa jam dah boleh panggil kawan.betul tak???huhu....Tetapi,bagi saya...perpatah ini umpama kita mencari sebutir permata dari tempayang yang penuh dengan butiran-butiran kaca....faham tak maksud saya???Dalam seribu kawan yang kamu cari itu.Salah satunya akan menjadi cinta kamu....=D.hah...pelik ke???aduhai....,takpe-takpe...biar saya bagitahu kamu.Adat bagi setiap manusia sebelum ia bercinta ape yang diorang lakukan dulu???mestilah berkawan kan???....takkan la kamu baru kenal dia kamu terus bercinta kot....Gilo ke ape???pakai minyak pengasih ke ape???hahhaha.....Tapi itulah kebenarannya....sebelum kamu bercinta..kamu mesti lepas tahap pertama dahulu,iaitu berkawan....Lepas tu korang nak UPGRADE status korang itu atas korang sendiri la....Siapa yang berani,dia yang dapat...hehehe=).Sekarang korang dah paham tak maksud aku mencari Sebutir permata di dalam tempayang yang penuh dengan butiran-butiran kaca???huhu....sebab kadang-kadang kita nie sendiri pun tidak dapat bezakan mane 1 permata dan mana 1 kaca....=).Pergh...dah jauh gila saya tersasar nie...hehehe...
Dah-dah....jom kita kembali kepangkal jalan....huhu.Sekarang saya nak kongsikan tentang kawan yang suka cakap belakang....pergh....ini memang bahaya.Kawan macam nie boleh jadi "DURI DALAM DAGING"....waduh-waduh.Sebab baru-baru ini saya ada masalah ini dari beberapa kenalan saya.Memang payah kot kalau benda ini terjadi,ye la...siapa yang suka kan kalau kita nie dikutuk belakang-belakang kan???takda orang yang suka punya.Kalau ye pun tidak suka dengan perbuatan seseorang itu,tidak perlu la memburukannya kepada orang lain.Macam la diri kamu tu bagus sangat nak kutuk-kutuk orang nie kan....Ye la,kita sebagai manusia sentiasa ada kekurangan kita yang tersendiri.Hanya manusia dan manusia je boleh menlengkapi antara satu sama lain.Tidak salah menegur seorang rakan itu kalau ia melakukan kesalahan.Tapi biarlah dengan cara yang betul,jangan la SOUND dia di depan orang ramai.Malu la dia.Cuba korang fikirkan kalau benda tu jadi kat korang???Tak perlu cerita la,saya pun malu.Tapi disebabkan malu yang kamu lakukan kat dia boleh menjadi dendam.kamu nak ke hidup kamu diliputi dengan musuh???Kamu perlu ingat,senjata tidak membunuh manusia,tetapi manusia yang berbunuhan antara manusia.Iaitu dengan hasrat DENGKI dan DENDAM.Jadi perkara ini perlu dielakkan bagi kebaikan diri masing-masing.Saya pun tidak sempurna,memang susah untuk memaafkan orang yang buat salah kat kita,terutama sekali orang yang kita percaya....lagi la susah.Tapi kita perlu ingat,tiada benda yang kekal selamanya,baik perasaan marah kamu atau pun kehidupan kamu.Hanya ALLAH s.w.t kekal selamanya....Serius saya cakap,nak cari kawan atas nama saja memang mudah.tapi nak mencari kawan sejati begitu sukar.Secara jujurnya,walaupun saya mempunyai ramai kawan.Hanya beberap orang je kawan baik yang saya ada...boleh kira dengan sebelah tangan lagi...huhu.Seorang demi seorang kawan kamu akan pergi meninggalkan kamu satu hari nanti even kawan baik kamu sendiri.Kenapa saya cakap begitu???Kita semua ada kehidupan kita sendiri,macam cerita-cerita dongeng.Kehidupan kamu akan menjadi satu kisah didalam buku cerita kamu sendiri.Begitu juga kawan-kawan mu yang lain...mereka semua ada kisah hidup mereka tersendiri.Memang sukar untuk melepaskan kawan baik kita sendiri,tapi itu tidak bermaksud kamu tidak boleh berhubung....hanya waktu akan tentukan sejauh mana kisah persahabatan kamu nanti.Setiap tempat yang kita pergi,kita akan mendapat kawan yang baru,itu memang adat kehidupan.Hidup kita sentiasa kena berkawan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.Kata-kata terakhir saya...."Betapa buruknya perangai kawan kamu,dan betapa bencinya kamu terhadap kawan kamu.Kamu perlu ingat,kamu pernah gembira dan rasa bahagia bersamanya.janganlah disebabkan satu kesalahan kamu musnahkan ikatan persaudaraan yang kamu cipta selama kamu mengenalinya."...Jadi la kawan yang setia,janganlah jadi kawan yang sia-sia....Assalamualaikum....=D
0 comments:
Post a Comment